TRANSLATION

Saturday, May 25, 2024


PENGURUSAN NEGARA : 

ARAK MENGHANCURKAN NEGARA DAN TAMADUN MANUSIA

SIRI ILMU UNTUK AMALAN BERSAMA BIL: 3

UNIVERSAL CRESCENT STANDARD CENTER 

[UCSC]

Oleh DR SHAYA'A bin OTHMAN



eBOOK 

Sila Clik "eBOOK" di atas untuk membaca dalam bentuk eBook dan Download Percuma

ABSTRAK

 

Arak merupakan najis dadah yang bebas disalah gunakan di dunia. Ia mengganggu otak terutamanya pada pusat sistem saraf, mengganggu kawalan percakapan, pemikiran, emosi dan pergerakan otot-otot. Walaupun ia diambil kadar yang sedikit, ianya mempunyai kesan sampingan seperti, mengurangkan sensitif kepada kesakitan, rasa, , penglihatan, ingatan, sexual, Kerosakan jangka panjang kepada organ-organ peting  termasuk, hati, jantung,  pankreas dan otak. Juga ia boleh menyebabkan sakit kanser, darah tinggi dan kurang daya tahanan kepada penyakit. Arak telah terbukti mencacatkan bayi dalam kandungan ibu. Bayi yang di lahir akan mengalami kecacatan seumur hidupnya. Penyakit ketagih arak atau “alkoholisme’ menyebabkan beberapa masalah sosial: membunuh, membunuh diri, kecederaan, kemalangan Jalan raya dan jenayah berat [violent crime]. Arak ialah satu faktor yang menyebabkan 50% daripada jumlah kematian daripada kecederaan. Di Amerika Syarikat sahaja membelanjakan sejumlah hamper RM700 bilion [USD 200 billion ] setiap tahun dalam mengatasi berbagai masalah berkaitan dengan arak. Arak membunuh seorang manusia setiap 10 saat, atau lebih dari 3.3  jutaan manusia dalam setahun (UNReport,2012) Arak merupakan Pengganas yang mengganas untuk menghancurkan negara dan tamadun manusia.