PENGURUSAN NEGARA :
ARAK MENGHANCURKAN NEGARA DAN TAMADUN MANUSIA
SIRI ILMU UNTUK AMALAN BERSAMA BIL: 3
UNIVERSAL CRESCENT STANDARD CENTER
[UCSC]
eBOOK
ABSTRAK
Arak
merupakan najis dadah yang bebas disalah gunakan di dunia. Ia mengganggu otak
terutamanya pada pusat sistem saraf, mengganggu kawalan percakapan, pemikiran,
emosi dan pergerakan otot-otot. Walaupun ia diambil kadar yang sedikit, ianya
mempunyai kesan sampingan seperti, mengurangkan sensitif kepada kesakitan,
rasa, , penglihatan, ingatan, sexual,
Kerosakan jangka panjang kepada organ-organ peting termasuk, hati, jantung,
pankreas dan otak. Juga ia boleh menyebabkan sakit kanser, darah tinggi
dan kurang daya tahanan kepada penyakit. Arak telah terbukti mencacatkan bayi
dalam kandungan ibu. Bayi yang di lahir akan mengalami kecacatan seumur
hidupnya. Penyakit ketagih arak atau “alkoholisme’
menyebabkan beberapa masalah sosial: membunuh, membunuh diri, kecederaan,
kemalangan Jalan raya dan jenayah berat [violent crime]. Arak
ialah satu faktor yang menyebabkan 50% daripada jumlah kematian daripada
kecederaan. Di Amerika Syarikat sahaja membelanjakan sejumlah hamper RM700 bilion
[USD 200 billion ] setiap tahun dalam mengatasi berbagai masalah berkaitan
dengan arak. Arak membunuh seorang manusia setiap 10 saat, atau lebih dari 3.3 jutaan manusia dalam setahun (UNReport,2012) Arak
merupakan Pengganas yang mengganas untuk menghancurkan negara dan tamadun
manusia.
No comments:
Post a Comment